Wednesday, September 3, 2014

Peribahasa Moden...


Jom gelikan hati baca peribahasa moden ni
................
ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.

BIAR PUTIH TULANG, JANGAN smpey jadi kaler pink

CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.

DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.

DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.

GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.

HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.

SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK LANTAk kAU,LA

HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.

JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.

KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH

KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.

KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.

KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.

LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.

MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.

MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.

ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.

PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.

PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.

SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.

SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.

SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN

TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.


Muahahaaa...dipersilakan share....

15 comments:

  1. Ketawa besar baca peribahasa di atas...cerianya harini..

    ReplyDelete
  2. ni kalo bagi budak2 bace ni along abis laa time peksa jawab merapu meraban hahaahahaha

    ReplyDelete
  3. hahaha,,,moden sangat ler peribahasa nie

    ReplyDelete
  4. Jgn ada anak murid jwb soalan periksa guna peribahasa ni sudahlah...haha

    ReplyDelete
  5. Pandaiiiii jeee...sesiapa yang menokok tambah ni.... :)

    ReplyDelete
  6. Hahahha ;D Okay jugak peribahasa ni.. hee

    ReplyDelete
  7. hehehe.. memang sempoi peribahasa moden ni.. dimodenkan sungguh..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah