Tuesday, September 9, 2014

Tidak perlu haram atau larang 'loom band '- Kementerian Kesihatan..

photo source google

Menurut Skim Penilaian dan Notifikasi Bahan Kimia Industri Kebangsaan Australia, kanak-kanak berusia sehingga 36 bulan menghadapi risiko kesihatan sekiranya mengunyah atau mengisap bahan plastik yang mengandungi phthalates.
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak bercadang untuk mengharamkan atau mengenakan larangan terhadap penggunaan gelang getah atau 'Loom Band' selepas timbul isu phthalates iaitu bahan kimia karsinogenik dikesan dalam produk tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata getah aneka warna ditenun menjadi gelang itu bukan dianggap sebagai produk mainan tetapi dipasarkan sebagai aksesori hiasan untuk kanak-kanak yang lebih tua dan golongan muda.

"Bagaimanapun, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak memberi atau menjauhkan gelang getah itu daripada kanak-kanak berusia bawah empat tahun atas faktor keselamatan dan kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata menurut Skim Penilaian dan Notifikasi Bahan Kimia Industri Kebangsaan Australia, kanak-kanak berusia sehingga 36 bulan menghadapi  risiko kesihatan sekiranya mengunyah atau mengisap bahan plastik yang mengandungi phthalates.

Oleh itu, katanya, kanak-kanak yang lebih tua dan golongan muda tidak menghadapi risiko tersebut.

Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.

Ahad lepas, peruncit barangan mainan kanak-kanak terbesar di Britain, 'The Entertainer', telah menarik balik semua produk 'Loom Band' dari 92 kedainya di seluruh negara itu selepas sebuah program televisyen mendedahkan gelang getah itu mengandungi 40 peratus phthalates.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/tidak-perlu-haram-atau-larang-loom-band-kementerian-kesihatan-43343?cp

14 comments:

  1. loom band ni cantik kan..budak2 sekolah suka nie

    ReplyDelete
  2. ooo bahaya utk knk2 4 thn ke bawah je ye..

    ReplyDelete
  3. mama sendiri tak pernah nampak apa ke rupanya gelang tu.. kecoh jugak pasal
    benda ni ... ntah lah, mama sendiri pun tak pernah ketagih nak belikan anak2 gelang bukan-bukan ni

    ReplyDelete
  4. sindrom loom band ni blom menular lg kat kmpg mak. Mujur gak..:)

    ReplyDelete
  5. yeayy untuk org mude mcm kite, hehe

    ReplyDelete
  6. comel je kan sebab warna tu..fiza rasa bahaya dari segi bahan tu kot but kalau takde kesan sampingan buat koleksi accesories pun cantik

    ReplyDelete
  7. biasa la kan, bila sesuatu trend meletup, of coz akan ada yang bangkang and tuduh-tuduh itu ini, walhal takde la merbahaya pon, bukan makanan cuma pakai di pergelangan tangan. eh over pulak saya komen.

    ReplyDelete
  8. Anak akk asik habis duit beli benda ni je. Geram betul

    ReplyDelete
  9. Sy xnmpk lg loom band nih kak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah