Monday, September 8, 2014

Resepi Nasi Hujan Panas

sumber dari Whatsaap

Bahan-bahan;

3 cawan Beras (seeloknya beras Basmathi)
5 cawan Air
¼ Kiub Ayam
1 helai Daun Pandan
1 sudu kecil Garam
Pewarna Merah, Oren, Hijau

½ inci Halia
2 ulas Bawang Putih
½ biji Bawang Besar
1 inci Kulit Kayu Manis
1 biji Bunga Lawang
2 biji Cengkih
2 biji Buah Pelaga
50g Butter

Cara Memasak;

~ Basuh beras dan toskan.

~ Hiriskan halia, bawang putih dan bawang besar.

~ Panaskan butter dalam kuali. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, dan bahan yang dihiris tadi hingga naik bau. Masukkan kiub ayam.

~ Masukkan beras dan ratakan rempah yang ditumis tadi dengan beras. Matikan api.

~ Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan air, daun pandan dan garam. Masak nasi seperti biasa.

~ Bila nasi dah hampir masak (air dah kering), titikkan sedikit pewarna merah, oren dan hijau diatas nasi tadi. Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak.

resepi nasi hujan panas

~ Bila nasi dah masak, gembur nasi perlahan-lahan dengan garfu hingga warna nasi jadi rata.

nasi hujan panas



Siap… Boleh masak lauk pula…

Biasanya nasi hujan panas ni lawan dia acar jelatah ngan ayam masak merah kan?

10 comments:

  1. sedapnyeee.. mcm nk try je.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. aah jelatah dan ayam masak merah
    ohoi sedapnya..

    ReplyDelete
  3. huhhh colourful... haishhh perasaan ingin mencuba datang pulak dah... hahaha

    ReplyDelete
  4. bila tengok orang buat mcm senang je. bila sendiri nak buat rasa susah pula =)

    ReplyDelete
  5. Boleh try ni..masak lak lauk ayam masak merah..sedap!

    ReplyDelete
  6. waaaaaa boleh cuba ni, pakai beras biasa pon boleh jugak kan?

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah