Wednesday, February 5, 2014

Lelaki lebih sukakan wanita berambut gelap!


Sudah lumrah wanita, suka bermain dengan gaya, daripada gaya berpakaian, sepatu sehinggalah gaya rambut. Kalau putus cinta, apa perkara pertama dilakukan? Potong rambut. Kalau nak ubah penampilan, apa perkara pertama dilakukan? Warnakan rambut. Semestinya warna yang dipilih juga harus menyerlahkan warna kulit agar dapat menarik perhatian si dia.

Dunia barat mendidik wanita bahawa rambut rona blonde terang seperti Beyonce dan Marilyn Monroe berjaya naikkan seri wajah serta membuatkan seorang gadis kelihatan berganda lebih seksi. Gentlemen prefer blondes, suatu yang pernah diujar pelakon bombshell zaman dahulu, Marilyn Monroe. Dengan gambaran tersebut di minda, kita semua pun beria ikut warnakan rambut asli yang hitam kepada rona blonde. Kim Kardashian semata mahu kekalkan perhatian Kanye West dan kekal seksi di mata Kanye pun sama warnakan rambut beliau. Ini juga diikuti adik beliau, Kylie Jenner dan pelakon Glee, Naya Rivera yang mungkin hanya ingin kelihatan seksi di mata jejaka seluruh dunia.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya rona blonde tidak begitu memikat hati jejaka?

Setelah disoal selidik beberapa orang jejaka di Kuala Lumpur, didapati warna rambut asli yang gelap lebih menarik di mata mereka. Mengapa? Menurut salah seorang daripada lelaki yang ditanya ini kerana menyerlahkan kecantikan semulajadi si gadis. Rambut yang diwarnakan nampak palsu, fake dan juga high maintenance (macam mahal sangat lah pula si gadis ini. Perlu dibayar belanja salon nanti). Ada juga yang berkata bahawa apabila rambut baru mula tumbuh, nampak macam Minah Rempit pun ada dengan rambut separuh oren separuh hitam!

Mungkin ini juga sebab mengapa baru-baru ini dilihat Kim K tiba-tiba tukar rambut blonde milik beliau kepada rona perang gelap. Nak nampak cantik semulajadi.

Bagaimana pendapat anda? Rambut blonde atau hitam menjadi pilihan hati? Tidak mustahil juga jika ada yang pilih bertudung jauh lebih baik.

SUMBER MYLAUNCHPAD.COM.MY

Suriaamanda

Aku pernah berambut panjang , bertahun jugak x pernah potong...sayang kata kau...tp tahun lepas ntah angin apa yang menghasut terus potong pendek...dah potong menyesal plak....adat la tu kan...tp jangan speku aku putus cinta plak hoke....

Follower blog aku yang lelaki....betul ke korang suka wanita berambut gelap or hitam? meh la komen skit ha....

9 comments:

  1. aku suker lelaki rambut pjg....



    kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. Rambut hitam memang lebih natural..kan...

    ReplyDelete
  3. sy suker blonde!!..hehehe...tp rmbut hitam berkilat berarus ikal pun cantik jgk.-berkata seorang perempuans.. lelaki rambut blonde mcm mne? geli kot..uhuh

    ReplyDelete
  4. zaman blonde I dah lama berlalu SA.. skrg ni biar hitam je lagi senang nak jaga.. lagi2 Nizam tak kasi I ptg pendek..
    kalau blonde2 nnt asek lah nak kena buat treatment.. dah lah nak kena betapa kat saloon tu berjam2.. loteh mokcik nak oiii hehehe

    ReplyDelete
  5. suka warna drak brown...awesome...hehehe...nnati jumpa di SBB2014 :)

    ReplyDelete
  6. suka asli. still rambut panjang lagi tapi jenuh nak syampu dan sikat heee..

    ReplyDelete
  7. Hehe.. Tapi org Melayu kita sibuk.nk warna.wrnikn rmbut..

    ReplyDelete
  8. Saya sendiri suka rambut panjang hitam lebat. Tapi la ni sukar sikit nak berambut panjang. Takda masa nak spend lelebih masa untuk diri sendiri (alasan aje nih) Dalam hidup ni rasanya baru sekali aje mewarnakan rambut :)

    ReplyDelete
  9. sha yang perempuan pun suka perempuan berambut hitam sbb kalau berwarna nampak takcantik, nampak tak terurus ghgitu. entahlah hihi

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah