Monday, December 16, 2013

3 Petua sebelum berpacaran dengan warga emas / Janda/Duda

Cinta tidak kenal usia. Mungkin ada benarnya disebalik kenyataan tersebut. Namun sebelum anda mula jalinkan hubungan lebih serius dengan si dia yang agak berusia berbanding diri anda yang belia itu, disini kami senaraikan beberapa persoalan yang harus dititikberatkan.

Nak anak atau tak nak anak?

Kahwin dengan duda/janda kita perlu fikir dan pertimbangkan hakikat bahawa anda bukan kahwin dia seorang. Adakah si dia miliki anak daripada perkahwinan terdahulu? Bolehkah anda tangani anak si dia? Adakah anda tidak suka budak? Soal budak-budak jangan main-main ya, takut jadi macam filem The Parent Trap nanti.

Ish, kawan-kawan si dia semua tua!

Dah nama pun pasangan yang miliki perbezaan usia. Sudah tentu anda miliki teman-teman yang berbeza. Bolehkah anda layan sembang kawan-kawan si dia yang suka bermain golf? Sekiranya anda kahwini janda berhias, tahukah anda tas tangan terhangat di pasaran musim ini? Contoh sahaja, mungkin janda berhias gemar bersembang tentang politik dan bukan tas tangan. Yang penting di sini, secara pendek kata, bolehkah anda ngam dengan kawan-kawan dan gaya hidup si dia untuk jangka masa panjang?

Akhir sekali, sanggup ke tak persoalan utama.

Sepandai mana seseorang menjaga kesihatan dan badan, hakikatnya si dia dah tua. Maka dengan umur tersebut datanglah pelbagai penyakit. Sanggup ke anda jaga si dia apabila tiba masa tersebut? Sudahlah kena jaga ibu bapa yang dah berusia, tambah lagi kena jaga pasangan yang hampir sebaya dengan ibu bapa. Waktu bercinta semua sanggup, tetapi perkara seperti ini akan mula membuatkan anda persoalkan cinta. Betul ke cinta tak kenal usia? Renungkanlah.

Apa Kata Suriaamanda?

Hurm..persoalan bercinta ngan Janda ke Duda ke itu x penting...yang penting keikhlasan dan penerimaan seseorang itu terhadap seseorg yang dah ada status tu...x semua Janda atau Duda tu jahat kan....yang penting jodoh dan pertemuan ditangan tuhan...ada yang Janda bertemu Duda...Duda bertemu Janda..tp kan....Duda atau janda bertemu orang bujang or yang lebih muda dari dia pun ada jugak kan....semuanya pokok pangkal pada JODOH....

SUMBER

14 comments:

  1. kalau dah jodoh..tak kira siapa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dear...kalau dah jodoh x kira siapa...

      Delete
  2. mmm... no komen... Tanya pada diri sendiri... awak macam mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya pada diri sendiri?? for me dah jawab dah dalam entry tuh....

      Delete
  3. Replies
    1. tips ni sesuai untuk Shaila jugak..tp shaila dah engage kan...tahniah dik..

      Delete
  4. betul & setuju dgn pendapat SA tu.. tak semua janda/duda tu jahat.. jodoh yang ditentukan oleh Allah tu samada baik/ sebaliknya itu semua ada hikmah disebalik apa2 yang dah tertulis. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah kak ngah diva....for me memang semuanya terpulang pada Jodoh...allah dah tetapkan jodoh kita kan...

      Delete
  5. ada juga walaupun usia dah lnjut, tapi jiwa muda lagi... tapi Allah tu tahu jodoh yg terbaik utk kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usia for me hanya angka jer Maria...terpulang pada diri sendiri macam mana nak merencana kehidupan...kan?

      Delete
  6. Hurmm.... saya pulak jenis macam ZAIN SAIDIN.... so fahamlah kan maksudnya.... hehehe

    ReplyDelete
  7. saya pulak jenis macam CHE TA hahahahaha.... :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah