Tuesday, December 17, 2013

Kesilapan ketika sarapan yang buatkan kita gemuk!

Kita sedia maklum bahawa sarapan merupakan hidangan paling penting dalam sehari. Namun jika tidak berhati-hati ketika memilih makanan sarapan, ini boleh menyebabkan berat badan bertambah!

Fikir sebelum makan

Mesti ramai di pejabat yang gemar bawa manisan untuk dikunyah ketika bosan bekerja. Sebelum anda ikut sama menambah kalori dalam badan, fikir sejenak, berbaloikah makan gula-gula dan berdepan risiko berat badan bertambah?

Awas dengan pilihan jus oren!

Jika anda bersarapan di luar, awasi minuman jus oren yang dihidangkan. Memang jus oren ketika sarapan merupakan pilihan sihat, namun kebanyakan jus oren di luar sana terlebih kandungan gula. Jus oren yang sihat sepatutnya diperbuat seratus peratus daripada buah oren sahaja.

Biar kenyang, dengan cara betul

Memanglah nasi lemak mampu mengenyangkan anda, namun ia juga membuat kita mengantuk dan menggemukkan. Cuba cereal atau roti dan makanan  kaya protein seperti yogurt bebas lemak dan putih telur.

Jauhi makanan bergula!

Kuih dan pastry bergula memang lazat dimakan bersama kopi, tetapi jika anda mula makan makanan bergula pada waktu pagi, anda akan cepat lapar, tak sampai tengahari.

“Sihat” kan kopi anda

Nak kurus tak bermakna perlu buang kopi daripada diet sarapan anda. Pastikan kandungan gula dalam kopi dijauhi sahaja.

Minum air kosong

Paling penting, pastikan minum segelas air kosong ketika sarapan. Bukan sahaja bagi kenyang, malah boleh buang toksin dalam badan.


Tips sarapan pagi dikongsi bersama Suriaamanda untuk readers...

SUMBER MYLAUNCHPAD

12 comments:

  1. pepagi memang suka mnm air kosong dulu...

    ReplyDelete
  2. Nina suka mengunyah benda yg merapu. Dats y makin gemuk

    ReplyDelete
  3. nice tips along...lieya bab2 kesihatan diet ni mmg suke sgt......org kate tak slim mcm che ta pun takpe asalkan badan tak gemok sgt...nanti mcm2 penyakit dtg....selagi boleh amalkan cara hidup sihap kite amalkan....

    ReplyDelete
  4. thanks for tips kakak ku syg~ mmg lepas ni kena pk sblm mkn.hehehe

    ReplyDelete
  5. wah... dah jd pakar pemakanan ni

    ReplyDelete
  6. neskepe tarik tiap pagi... oh nikmat!

    ReplyDelete
  7. great sharing by Kak Long Divasss...
    this is what we called healthy breakfast :))

    ReplyDelete
  8. kekadang kalau dah lapar semuanya lupa...janji kenyang....huhu

    ReplyDelete
  9. saya tak boleh buat apa laa..sy memang dah fall in love dengan nasi lemak..sehari tak makan nanti hati tak tenang...hahaha

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah