Monday, May 12, 2014

Elak Rasa Takut Pada Waktu Malam

Habis saja menonton cerita atau drama seram, pasti ketakutan mula menguasai diri. Paling dirisaukan adalah diri sendiri sememangnya penakut dan tidak dapat tidur malam apabila ketakutan.

Perasaan takut itu biasanya hadir dari hati atau minda yang selalu fikirkan bayangan ‘kelibat’ yang menakutkan dan menganggap ia sebagai suatu realiti. Hakikatnya, semua itu sekadar permainan imaginasi minda yang dicetuskan kamu.

Percaya atau tidak, rasa takut itu sebenarnya dikawal minda kamu sepenuhnya. Fikiran yang negatif dan berunsur fantasi banyak menyumbang kepada perasaan takut itu muncul secara tiba tiba, lebih-lebih lagi apabila kamu baru saja habis menonton cerita seram.

Ketakutan itu boleh diubah jika kamu berfikiran rasional dan tidak memandang serius sesuatu perkara. Waktu kamu pula boleh terganggu dan lebih buruk lagi apabila kamu sudah bekerja kerana ia boleh merosakkan prestasi dan reputasi di tempat kerja. Ikuti langkah di bawah ini untuk atasi rasa takut.


1. Kenal pasti punca - Kadangkala bunyi bising kerap kedengaran di dapur dan mana-mana sudut rumah. Namun, jika ia berdekatan dengan kamu, seeloknya beranikan diri untuk pergi dan lihat apa punca bunyi itu berlaku. Hakikatnya bunyi pada waktu malam itu biasanya disebabkan binatang perosak seperti tikus ataupun hanya bunyi pintu yang ditolak angin. Ubah persepsi kamu terhadap sesuatu dan langkah ini menjadikan kamu lebih selesa kelak.


2. Buang rasa takut - Apabila habis saja menonton filem seram, pasti kelibat menakutkan akan muncul bermain di fikiran kamu seterusnya membuatkan kamu lebih takut untuk tidur. Perkara itu adalah normal dan kamu patut buang ia jauh-jauh. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir mengenai perkara lain ketika di bilik tidur. Kamu boleh mengenang kenangan manis ataupun memikirkan masa depan bagi menghilangkan rasa takut.

3. Bawa bersama - Jika kamu ada binatang peliharaan di rumah, apa kata bawa si kesayangan ke dalam bilik untuk menemani kamu sepanjang malam. Binatang peliharaan seperti kucing mahupun ‘hamster’ pasti dapat mengalih perhatian kamu dari memikirkan rasa takut. Seeloknya, jika kamu hendak tidur, belai haiwan kesayangan sambil menutup mata kerana ia boleh menenangkan kamu.

4. Dengar muzik - Paling mudah dan berkesan menghilangkan rasa takut ialah dengan mendengar lagu kegemaran sama ada di telefon pintar ataupun radio. Muzik biasanya memberikan impak pada emosi kamu sama ada positif atau negatif. Perlu diingatkan untuk mengelakkan dari mendengar muzik yang sayu dan perlahan kerana ia boleh membuatkan kamu rasa ­sedih dan mengingatkan kamu kembali kepada perasaan takut.

5. Pindah kedudukan - Jika kamu kerap rasa takut disebabkan kedudukan katil yang berhadapan tingkap, apa kata ubah posisi katil kamu pada kedudukan yang jauh dari tingkap. Percaya atau tidak, kebanyakan remaja mula rasa takut akibat memikirkan sesuatu akan muncul di tingkap atau pintu pada waktu malam.

6. Ajak teman - Andai kata kamu tinggal di hostel atau menyewa rumah, ajak teman kamu tidur bersama untuk semalaman. Jika mereka tiada hal lain, ajak mereka berbual sehingga kamu rasa mengantuk. Jika ia tidak berkesan, lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kamu mengantuk seperti mendengar muzik ataupun membaca buku.

7. Lakukan senaman - Rasa takut itu berpunca dari diri kamu yang selalu berfikiran negatif dan dipengaruhi kepenatan. Lakukan beberapa senaman yang dapat menyihatkan badan pada waktu malam. Lakukan regangan ataupun yoga untuk menenangkan fikiran kamu supaya boleh fokus pada realiti dan ketepikan rasa takut yang bersifat sementara.

8. Matikan segala alat elektronik - Alat komunikasi seperti televisyen dalam bilik juga menjadi punca kamu rasa takut. Kadangkala kamu membiarkan ia terpasang dan lupa menutupnya. Apabila terjaga dari tidur pada larut malam akibat bunyi bising televisyen, kamu mula rasa takut dan tidak boleh tidur kembali. Oleh itu, biasakan diri untuk matikan suis semua alat elektronik sebelum tidur.

SUMBER > GEN Y HARIAN METRO


* X dinafikan aku adalah antara manusia penakut itu...kalau housemate xde kat umah confirm aku x boleh tido dan confirm aku akan balik Seremban...harap2 phobia takut waktu malam ini akan beransur2 hilang...Doktor cakap aku lebih pada fobia sebab aku koma lama kan...so aku masih terbayang2 macam layar yang di ulang tayang tiap kali aku nak tidur...menakutkan...sekarang aku rajin tido awal tp terjaga dalam pukul 3-4 pagi...dah jadi macam habit dah...Ikutkan memang dah letih dah..dah jumpa doktor..dah buat macam2...pelik tapi benar...aku seringkali terjaga dari tidur...tp ini tidak berlaku kalau aku kat rumah Seremban..sebab aku tau memang ada orang kat rumah....

7 comments:

  1. Memang pun. Kalau malam tu selalu la pk yg bukan bukan.

    ReplyDelete
  2. Farah pn penakut jugak akak..kalau husband berkemas utk outstation farah pn akan berkemas sama.. sebab farah akan p tido umh mak.. nasib la umh mak dekat jer..tak tahu la sampai bila nk jadi penakut nie...cuma skrg sejak ada emir okey sikit dah la.. hehehe

    ReplyDelete
  3. saya tak tahu kategori penakut ke berani atau 50-50. nak kata penakut sangat saya biasa menyewa sorang2.. ada ketika tu ada jugak rasa takut tp takde la keterlaluan. saya penggemar cerita seram sampai kadang2 dah takde feel seram tgk cerita seram. Suka tgk cerita seram pukul 12++ kira time midnite pun krg jugak mood seram. Yg pasti kalau saya takut saya tak suka pejam mata.. saya lebih suka tgk keadaan sekeliling. dari kecik lagi saya suka fikir kalau saya tutup mata kalau ada hantu sy x nampak & x sempat lari. kekekekeke

    ReplyDelete
  4. Akak kena kuatkan semangat. Saya cadangkan akak jgn tonton filem seram kalau bawa mudarat kpd akak :)

    ReplyDelete
  5. Takut tu ada tapi kdg2 mlas nk layan..

    ReplyDelete
  6. haha..nice sharing SA. Sebab tu saya dah jarang sangat tonton cerita2 seram ni..kdg2 termimpi-mimpi..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah