Tuesday, May 20, 2014

Isteri kepada pramugara MH370 selamat melahirkan anak..


Intan Maizura Othaman, isteri kepada krew kabin dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing, telah selamat melahirkan anak kedua beliau.

Sebelum ini ramai yang bersimpati dengan nasib Intan kerana sedang sarat mengandung ketika menerima khabar berita menyayat hati tentang pesawat tersebut namun dapat mengawal emosi dan ketenangan beliau.
Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.
Intan telah memuat naik gambar tag namanya di laman Instagram dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.

SUMBER

9 comments:

  1. apa lah khabar pesawat tu kan
    life must go on
    kita doakan yg terbaik

    ReplyDelete
  2. sayu pulak menatap wajah si comel ini..lahir tanpa ayahnya di sisi..

    ReplyDelete
  3. hati berkata penumpang mh370 selamat, semoga intan kuat dan tabah hadapi ujian ini

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..selamat..semoga mereka tabah hidup tanpa orang yang tersayang..

    ReplyDelete
  5. comeinya..semoga membesar menjadi anak yg berguna..
    sedih je bila mengenangkan nasib baby nie kan?

    ReplyDelete
  6. congrats to her..
    kesian baby & mummy ni.. ini lah dugaan Allah namanya

    ReplyDelete
  7. Sedihnya.... Tak tau cemana nak describe perasaan dia. Tetibe je suami hilang tanpa kesan.

    ReplyDelete
  8. Allahu Akbar...alhamdulillah..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah