Tuesday, May 20, 2014

Kemuncup Dah Tinggi...

Dah kenapa la si Suriaamanda ni pasal kemuncup pun nak update dalam blog....hehehehe...ada aku kisah..aku dah la x banyak bahan ni...aku belasah jer la apa yang ada dalam kamera aku...hehehehe....lagipun aku sebnarnya tgh penat ni...mengangkut barang yang sikit punya banyak ke workstation yang baru...pasal tu nanti bila2 aku dah cool aku update eh....

Hari2 hujan sekarang kan...bila dah hujan dah pastinya rumput2 cepat naik tinggi subur menghiasi laman...pas tu kemuncup pun naik..kalau harung memang banyak melekat kat seluar...tp best sebab Dania and si kembar rajin tolong buangkan...

 ni la kemuncup...
 ni la Pak Lang aku yang sangat2 rajin..

Pak Lang aku ni memang x leh duduk diam sejak dah pencen ni...ada je yang dia buat...pas ni x tau la apa lagi yang dia nak buat akan datang...ye la orang dah biasa bekerja pas tu pencen plak...x reti dia duduk diam..pas tu dia takut dia x sihat plak...itu baru Pak Lang, lagi 2 hari Abah plak nak pencen...haaa...tang abah ni aku x tau perancangan dia lepas pencen...kita tgok la nanti...risau jugak sebab orang dah 40 tahun bekerja..tiba2 dah x bekerja...x tau nak buat aktiviti apa..aku risau dia jadi x sihat je...ada la beberapa idea aku bagi tp rasanya idea yang satu tu je la yang akan melekat setakat ni...nanti aku cuba buat dan aku akan reveal kat sini...ada sesetengah yang follow aku kat FB maybe dah tau...


Ni la aktiviti Pak Lang, mesin rumput..bukan setakat mesin rumput je korang...Pak Lang dah start tanam macam2 pokok dah...tgh elok membesar..pisang pun dah banyak keluarkan hasil..durian belanda dah makin besar dan ada yang dah mula berbuah...pokok langsat dan manggis pun berbuah...cuma durian je x nampak lagi putik or bunganya....lepas ni Abah plak pencen..makin galak la aku balik kampung tgok apa plak aktiviti abah kan?

Hmmm...abah yang nak pencen...aku yang terlebih takut...sabar je la...

8 comments:

  1. org muda ni kerjanya nak tidur..haha..
    tunggu tua sikit kot..br nak rajin.
    tp aku tak suka kemucut lekat kat kain aku..susah nak tanggal.

    Askm,
    Nak ajak datang blog kita..
    http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/bagaimana-kamu-tahu-kamu-sudah-jatuh_16.html

    ReplyDelete
  2. org yg biasa kerja ttp akan cr kerja walaupon dah pencen..:)

    ReplyDelete
  3. kemuncup ni kami panggil mak janda.. kesian janda kan.. asyik jadi bahan je.. huhu

    ReplyDelete
  4. lama dah tak jumpa kemuncup. Dulu time kecik2 selalu je lekat kat seluar baju kalo main dalam semak. Hehehe. Seronok la paklang kalo dia tahu cemana nak spend masa lapang dia. Seronok berkebun ni,

    ReplyDelete
  5. dah lama tak kena kemucup.. haha.. masa budak2 dulu.. selalu kena berleter dgn mak sebab seluar penuh kemucup.. jenuh mak nak buang..

    ReplyDelete
  6. tak suka kemuncup ni..letih nak membuangnya

    ReplyDelete
  7. masa kecik2 dulu selalu kena kemuncup masa balik kampung..
    tiba2 je gatal2 kat kaki.. rupa2nya kemuncup..

    ReplyDelete
  8. Syok men pokok kemuncup.. Hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah