Monday, May 19, 2014

Mak Mah Selamat Bergelar Isteri Kepada Peneroka Felda


Selamat Pengantin Baru Mak Mah


KUALA LUMPUR, 17 MEI 2014: Tahniah diucapkan kepada pelakon veteran Ruminah Sidek kerana dengan secara rasminya telah bergelar isteri kepada seorang peneroka felda,pada pagi Sabtu.

Hanya dengan sekali lafaz, Ruminah atau lebih mesra dengan panggilan Mak Mah akhirnya sah menjadi milik peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail, 70.

Majlis akad nikah telah disempurnakan di kediaman abang ipar Mak Mah di Meru, Klang oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif bersaksikan adik ipar pengantin perempuan, Mohd Jani Sarman kira-kira pukul 9.20 pagi.

Sebaik sahaja aqad dilafazkan Mak Mah kelihatan sebak dan mengalirkan air mata.

Mak Mah, 68, telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran dan pihak pengantin lelaki telah menghantar tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.

Sementara itu, pihak pengantin perempuan telah membalas kembali tujuh dulang hantaran iaitu, satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis tersebut turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O yang diacarakan oleh pelakon Abon, AR Badul dan Aida Gadis Melayu.

Turut kelihatan pada majlis tersebut pelakon Adlin Aman Ramli dan isteri Emelda Rosmila.

Majlis persandingan diadakan sejurus selepas selesai akad nikah yang turut disaksikan oleh hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara dalam majlis persandingan Mak Mah tampil anggun dengan busana berwarna putih sedondon dengan pengantin lelaki.

Terdahulu, Ruminah dan Al Fatah telah mengikat tali pertunangan pada 19 April lalu di rumah abang ipar Ruminah di Meru, Klang.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan keempat buat Ruminah termasuklah dengan Allahyarham AR Tompel.

Hasil perkahwinan lalu, Ruminah dikurniakan enam orang anak termasuklah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Dia juga mempunyai 20 cucu dan enam cicit.



10 comments:

  1. barakallahulakuma mak mah.. berseri muka dia.

    ReplyDelete
  2. tengok melodi semalam...sweet sangat,...cantik..

    ReplyDelete
  3. dah jodoh kan...suka tengok mak mah...hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk mereka..berseri² pengantin :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..Mak mah pun dah kawin..yang saya nie tatau bile nak kawin..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah suka tengok :)

    ReplyDelete
  7. syukur alhamdulillah..cinta berputik di usia emas. sweet kan..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah. Tahniah mak mah. Di hujung2 usia, perlukan teman untuk berbual kan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah