Monday, May 12, 2014

Menjadi Orang Yang Disukai Ramai...

today's pic

Ada apa dengan tajuk diatas, kedengaran macam serius jer...memang sangat2 serius..aku terbaca dalam ruangan Gen Y Harian Metro hari ni tentang tajuk ni dan terpanggil untuk berkongsi dengan korang semua readers aku...base dengan apa yang aku alami selama 9 tahun aku single...

Pernah korang dijauhi ramai orang? x kisah la kawan satu tempat kerja, jiran atau kawan2 baik masa sekolah dulu ke...mana yang x sedar tu mungkin x perasan  yang orang lain kurang selesa ngan kehadiran korang di kawasan jajahan diorang...yes..itu yang aku alami dulu...mula2 kerja kat Seremban dulu aku x terasa sangat kot sebab aku dah biasa dengan environment hiburan...mana yang x tau aku dulu PR event management yang berpusat di shopping complex so aku x rasa sunyi sangat sebab aku bergaul dengan macam2 jenis orang dan secara x langsung terlibat dalam dunia seni dan pengacaraan...cuma aku perasan budaya kerja di tempat lama memang x setanding di tempat baru...dulu aku cuba menafikan tp sekarang aku jelas yang kadang2 even aku x buat apa pun orang x senang dengan kehadiran aku...aku pun x pasti kenapa..nak kata aku bagus x plak...nak kata hebat sangat pun x jugak...

Tapi apa yanga ku buat hanya lah....ignore sahaja mereka2 itu sebab pada aku x menguntungkan pun kalau nak ambil hati...apa yang aku belajar dari pembacaan rencana2 dan juga bahan2 bacaan lain adalah:

Tingkatkan Kenyakinan
Syarat pertama untuk menjadi orang yang di sukai ramai ialah kita harus mempunyai tahap keyakinan yang tinggi, tidak semestinya kita kena menjadi seorang yang lebih serius pada setiap masa. Kenyakinan  yang dimaksudkan adalah kita yakin bahawa kita boleh jadi diri sendiri dan tidak berpura2 atau menjadi orang lain untuk di sukai ramai.

Kawal Emosi
Dalam aspek pergaulan, adab dan emosi itu sangat penting. Salah langkah maka orang lain akan mula menjauhi kamu.oleh itu yang penting adalah personaliti kamu. tidak salah menjadi diri sendiri dan jangan terlalu menunjuk. Jadilah seorang yang ikhlas berkawan dan jangan sesekali melepaskan tempias emosi kamu pada orang lain.

Gaya Juga Penting
Aspek ini juga perlu dijaga dan sangat penting.Pakaian yang digayakan itu penting untuk membuktikan yang kamu tidak ketinggalan zaman namun..terlebih gaya juga tidak elok sebab kamu hanya akan kelihatan melampaui batas. Hanya bergaya mengikut apa yang kamu suka dan semestinya tidak salah memilih gaya.

Pakai Mekap
Untuk golongan gadis pemakaian mekap juga perlu agar kamu kelihatan cantik ketika kemana - mana.Kamu akan lebih disukai sekiranya kamu pandai menggunakan mekap cuma jangan sesekali mengenakan mekap hingga kamu kelihatan sangat pelik..

Menjaga Kebersihan
Point utama dan sangat penting untuk mendapat perhatian orang untuk berkawan dengan kita adalah kebersihan diri.kalau kamu tidak menitik beratkan kebersihan diri memang ramai yang akan menjauhkan diri.oleh itu..kebersihan diri memang harus dijaga, jangan lupa guna pewangi badan walau dimana kamu berada..

Sumber : Harian Metro

Nampak macam simple dan senang kan...semua aspek yang aku kongsikan diatas adalah sangat penting untuk kita x kiralah korang ni remaja ke atau dewasa, elemen2 tersebut sangat penting.Kalau pandai bawak diri ketika bergaul pasti orang suka apatah lagi kalau korang jenis tahan bergurau kan...kadang2 x kira lelaki atau perempuan memang suka bergurau kasar, terpulang pada cara mereka cuma penerimaan kita itu yang penting.kalau jenis cepat sentap atau cepat melatah susah la kan...confirm xde yang nak berkawan dengan kita..

Renung2kan la...

13 comments:

  1. pada saya ni kalau nak bergaul, kita kene ade chemistry & same wavelength. kalau takde, mmg susah nak ngam, padahal pada hakikatnya bukannya gaduh / benci, tapi takde kebolehan / faktor untuk jadi rapat dan mesra.

    ReplyDelete
  2. indeed!!
    kita jugak harus menjadi diri sendiri dan x terikut2 dgn pengaruh org lain x kira dari apa segi aspek skali pun..

    ReplyDelete
  3. bagusla n3 ni..byk yg kaksura dpt belajar..:)

    ReplyDelete
  4. Antara kata kata hebat yg saya pernah dengar ialah.." kalau ramai yg suka kita, ramai juga yg lain yang tak suka ( dengki) dgn kita" :)

    ReplyDelete
  5. i pulak terbalik, i yang suka menjauhi orang hihihi tapi suka pulak depa2 kawan kerja dulu datang melepak my place, aduhhhh.

    ReplyDelete
  6. sokong kak..sama je la kita kak. masa saya mula2 keje dulu ada je yg tak suka tp saya kuatkan hati ni sbb itulah tmpt saya cari rezeki

    ReplyDelete
  7. Nice sharing... Kna ramah tamah kan diri dan senyum...

    ReplyDelete
  8. Nice sharing kak..saya pernah gak dulu bila orang start menjauhkan diri daripada saya, tpi saya memang jenis keep calm and be myself jer..tapi alhamdulillah lama kelamaan yang jauh pun dah start rapat balik bila dia tau perangai saya macam mana..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. pernah je dulu2 org menjauhi saya SA. tapi saya mengaku tu semua salah dan kekurangan saya sendiri. Satu masa dulu mulut saya agak lepas. Ramai yg tersinggung. Lepas tu saya selalu rasa diri saya betul dan nak menang bila bercakap. Then now, saya sedar semua kesilapan dulu. Alhamdulillah bila saya dah jadi humble skit, dan mulut pun jaga... setakat ni rasanya mcm takde kot yg tak bertegur tetibe. Tak tau le kalo tak perasan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah