Monday, October 13, 2014

Manfaat madu dalam kecantikan....



Madu mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dengan pengambilan madu secara kerap. Orang zaman dahulu memang gemarkan madu dan menggunakannya sebagai produk kecantikan semulajadi.

Masalah rambut kusam? Kulit berjerawat? Wajah tak berseri? Tidak perlu risau, madu mampu menyerlah kecantikan kulit dan rambut anda.

3 manfaat madu bagi mengatasi masalah rambut dan kulit:

Menyuburkan rambut

Campurkan madu dengan minyak zaitun dengan jumlah yang sama banyak dan sapukan pada rambut serta kulit rambut. Selepas setengah jam, bilas dengan syampu. Mudah kan?

Mengatasi jerawat

Madu mempunyai kandungan anti bakteria yang berkesan untuk mengatasi masalah kulit berjerawat. Campurkan madu dengan kunyit and sapu pada bahagian yang berjerawat selama 15 minit lalu bilas. Lihatlah perbezaan yang ketara pada wajah anda!

Mencantikkan kulit

Untuk kulit yang cantik dan berseri secara semulajadi, minumlah madu secara berkala serta gunakannya pada kulit. Madu mengandungi nutrisi seperti magnesium, potassium dan kalsium yang membantu menghasilkan kulit yang lebih sihat and berseri.


SUMBER

11 comments:

  1. hai kak... lama xmai sini, yg rambut tu nak try buat la, sebab lately rambut ni reja dok luruh ja... segumpai kadang2 .. stress sangat , lama2 botak rasa nya

    ReplyDelete
  2. Madu memang bagus untuk kecantikan dan kesihatan. suka minum madu dengan air takpun makan dengan roti :)

    ReplyDelete
  3. Petua kulit berjerawat tu mg ptt cuba kak!

    ReplyDelete
  4. Sue suka amalkan mkn madu pagi2 sebelum breakfast^^

    ReplyDelete
  5. hehehe.. kalau kat umah ada madu ni dok kena sakat jelah dengan en. suami dengan perkataan MADU tu hehehe.

    ReplyDelete
  6. Salam, yup2 sunnah ni..madu mmg banyak khasiat..aku pun dah start minum madu sejak last year..

    ReplyDelete
  7. dulu CT cepat semput. dari kecik lagi alah dengan kucing and habuk. kalau mula semput mau dua tiga hari jugak.. then hari-hari mak suruh minum madu. yang pure tu yang kena guna sudu plastic saja.. alhamdulillah skarang dah besar ni kurang sikit..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah