Saturday, October 11, 2014

Senarai barangan asas yang dikecualikan GST

Sana sini sibuk up pasal Bajet 2015....aku lak sibuk fikir dan baca pasal GST....meh la kita sama2 tgok senarai barangan yang dikecualikan GST...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata harga 532 daripada 944 barangan and perkhidmatan dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 %.

Walau bagaimanapun, dijangka juga sekitar 354 jenis barangan dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 %.


Berikut adalah produk yang mengalami penurunan harga 

- Ubat-ubatan 

- Barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh

- Produk tekstil

- Barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut, dan selipar

- Perabot rumah

- Lampin bayi, sabun, daging, telur ayam, minyak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran

Senarai barang makanan dan perkhidmatan asas yang tidak dikenakan GST

- Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimport

- Bahan bacaan seperti buku mewarna, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan juga kitab agama

- Surat khabar

- Roti putih dan roti 'wholemeal'

- Serbuk kopi, teh dan koko

- Mi kuning, kuey teow, laksa dan bihun

- Hampir 2,900 jenama ubatan untuk kegunaan rawatan 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan


Apa kata Suriaamanda > Cakap banyak pun susah...x cakap pun susah...tp rata2 memang semua                                                  mahal kan...orang cakap tahun depan GST harga kereta akan murah...kereta 
                                         baru tau....so memandangkan GST berkuat kuasa...so kena la pandai
                                         beli barang yang perlu....x perlu x yah beli....
                                         Tepuk dada tanya selera....ermmmm....


12 comments:

  1. emmm...susah nak komen bab nie..buat sakit hati je kan kak...balik kampung jelah,menanam apa yang patut

    ReplyDelete
  2. kena ke tak kena ke GST... kita terpaksa membayar dengan harga yang mahal jugak. Errkk susu budak takde pulak tersenarai dalam barang yang tak di kenakan GST yer

    ReplyDelete
  3. Pening pulak dengar pasal GST ni..

    ReplyDelete
  4. Ada ke brg yg turun harga lps gst? Rasanya harga sama jer sbb minyak naik 20 sen..haha..

    ReplyDelete
  5. ikut budget yang ada je la nampaknya ni..huhu

    ReplyDelete
  6. Kerajaan keluarkan ni semua pun, kalau orang nak naik harga, dorang naikkan jugak.

    ReplyDelete
  7. haaaish. xleh komen lelebih kang huurm T.T yang pastinya CT bakal duduk rumah ajelah sebab nak kuar isi minyak
    makin mahal..

    ReplyDelete
  8. camne ek dia kira barang yang tak kena gst tu..bukan gst tu total pembelian kita ke..emm wait n see jela..haihh..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah