Saturday, October 25, 2014

TMJ sah suami Cik Puan Khaleeda..

Sama cantik sama padan bagai pinang di belah dua..Selamat Pengantin Baru buat TMJ dan Cik Puan Khaleeda...

tmj-sah-suami-cik-puan-khaleeda

JOHOR BAHRU, (MLP) - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selamat melangsungkan istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene hari ini.


Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda dilihat berangkat memasuki pekarangan istana tepat pukul 10 pagi dan keluar sekitar pukul 12 tengah hari selepas sah bergelar suami isteri.

Pasangan yang mengenakan busana pengantin berwarna putih itu sempat mengukir senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar yang menanti di luar istana.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut berangkat ke istiadat tersebut bersama-sama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putra Johor, Tunku Abu Bakar.

Tetamu-tetamu kenamaan lain seperti Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan barisan Exco kerajaan negeri dilihat mula memasuki pekarangan istana kira-kira pukul 8 pagi.

Istiadat pernikahan mempelai dilaksanakan Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin. Pasangan bahagia tersebut dijangka melangsungkan majlis persandingan di Istana Besar Johor pada 8 November ini.


9 comments:

  1. Slmt pgntin baru moga bahagia hingga ke syurga :)

    ReplyDelete
  2. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

    ReplyDelete
  3. Tahniah untuk mempelai diRaja...

    ReplyDelete
  4. Wah.. tahniah buat pasangan pengantin baru ^^

    ReplyDelete
  5. Salam, hahah khamis mlm jumaat tu aku terpegi bandar JB area kawasan istana...berlampu-lampu bagai meriah betul..tahniah pada pasangan :D

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah