Tuesday, October 21, 2014

Ayam hitam berharga RM8,000???



Ayam Cemani merupakan salah satu baka ayam yang amat jarang ditemui di dunia. Ternakan dari spesis gallus gallus domesticus ini amat istimewa kerana keseluruhan badannya berwarna hitam.

Bukan sahaja bulu malah kulit, mata, paruh, lidah, kaki, kuku kaki, daging, tulang, organ-organ bahkan sumsum tulang juga berwarna gelap. Satu-satunya struktur yang tidak berwarna hitam adalah darahnya, yang juga mempunyai tona warna gelap.

Keunikkan sang hitam tidak tertumpu kepada luaran sahaja. Khabarnya daging Ayam Cemani menjadi permintaan tinggi kerana sangat lembut dan lazat.

Asal usul tentang bagaimana Ayam Cemani mempunyai warna sedemikian rupa tidak pernah dipastikan. Ayam istimewa ini beraasal dari Indonesia dan diternak di kepulauan Jawa.

Disebabkan keistimewaannya itu, seekor Ayam Cemani boleh mencecah harga U$2500 yakni sekitar RM8180.

Makanan eksklusif ini telah mula diimport ke benua eropah sejak tahun 1998 lagi. Sesetengah stok disimpan di Belanda dan Jerman.

SUMBER WIKIPEDIA & MYLAUNCHPAD

Pernah jer kalau pi Giant or pi Pasar Besar Seremban tuh ternampak ayam hitam ni...tp org panggil ayam selasih...aku pun x pernah beli apatah lagi makan...korang pernah makan ke?pernah beli?
apa rasanya erk...betul ke menurut citer diatas ayam ni sedap...cina suka sebab buat ubat...erm...sapa plak kawan cina aku nak tanya ni....korang kalau tau meh la kongsi citer skit....aku bab2 benda yang pelik ni memang la nak tau....

14 comments:

  1. emm..no komen..huhu..takut tengok ayam tu sebenarnya

    ReplyDelete
  2. erkk..alamak Amanda, takut pulak tengok ayam tu, tapi mmg byk khasiat kot ayam hitam ni kan..

    ReplyDelete
  3. Acik hampir2 cina..tak boleh tanya la..hehehe

    ReplyDelete
  4. mahal nya..patut la saya tak pernah makan..:p

    ReplyDelete
  5. haah saya pun pernah tengok dekat tesco :)

    ReplyDelete
  6. X penah tau kewujudan ayam hitam. X lalu nk mkn bila tgk gmbr kt atas tu.

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan ayam hitam..

    ReplyDelete
  8. Salam, pergh~ hitam melekat haa..kalau free aku boleh je rasa secubit, kot betul2 sedap kan~ haha

    ReplyDelete
  9. tak pernah nampak lak..mahal nau tu..tak yah makan pun xpe sbb mcm xlalu pulak tengok rupanya..huhu

    ReplyDelete
  10. Huhu ayam ke tuuu..kuakuakua tgk pon tak selera nk mkn huhhuu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah