Wednesday, October 29, 2014

5 tempat paling menyeramkan di Dunia...


Terdapat banyak tempat di dunia ini dengan sejarah gelap. Kebenaran setiap cerita tidak dapat dipasti, tetapi kita percayai bahawa apa yang kita dengar adalah kemungkinan kisah benar.

Kami telah memilih beberapa tempat yang paling menyeramkan di dunia yang sering diperkatakan. Beranikah anda melawat tempat - tempat yang seram ini?

The Screaming Tunnel, Warner Road Canada


Tempat ini mengisahkan bahawa seorang gadis muda yang diperkosa di dalam terowong dan badannya dibakar mati. Sejak itu, terowong ini dipercayai dihantui oleh roh gadis itu. Menurut mereka yang menentap berhampiran, jeritan gadis muda dari terowong ini sering didengar dan fenomena ini dipercayai menjadi asal nama terowong tersebut. 

Wilson Hall, Ohio University


Lagenda tempatan menceritakan bahawa seorang gadis bunuh diri sebaik sahaja menulis tentang syaitan dan perkara ghaib di dinding dalam biliknya dengan darah sendiri. Bangunan ini mempunyai lima kubur yang membentuk pentagram yang mengelilingi kampus menandakan simbol syaitan

Bandar Hantu Fengdu, China


Tempat ini digelar sebagai bandar hantu kerana ia dikatakan menjadi persimpangan antara bumi dan dunia ghaib. Fengdu dihiasi dengan patung aneh yang mengambarkan pelbagai aksi penyeksaan syaitan. 

Difahamkan, pengunjung yang melawat dengan bersikap baik akan dihargai baik sebaliknya jika bersikap jahat, mereka akan dihargai dengan kejahatan yang mengerikan.


Muzium Tuol Sleng Genocide, Kemboja


Pada zaman pemerintahan orang putih, tempat ini dijadikan sebagai penjara untuk menyeksa dan membunuh mangsa tahanan. Penduduk dibunuh degan kejam, manakala wanita dirogol dan diseksa hingga mati. Sebanyak 14.000 warga Kemboja yang dibunuh dalam bangunan ini. Tetapi kini, lokasi ini dijadikan muzium untuk mengenang peristiwa itu. Pelbagai perkara aneh akan berlaku di tempat ini pada waktiu malam. 

Hutan Aokigahara, Jepun


Warga Jepun sering menjadikan hutan ini sebagai tempat bunuh diri. Sejak tahun 1950-an, lebih dari 500 kes bunuh diri direkod di Aokigahara. Mayat-mayat dikatakan boleh berpindah sendiri secara misteri dan yang paling menyeramkan ialah, lokasi ini sering dijadikan sebagai tempat pelancongan. Berani pergi? 

Kredit Foto: Nadicosmic/zamrispoon


32 comments:

  1. tgk iklan seram pun tak ini kan pulak jejak ke tempat seram mcm nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...xde la makna akak nak jejak sini Idzwa...

      Delete
  2. Semua kat luar negara ye akak...
    Kat malaysia mesti banyak lagi kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat malaysia x tau la plak...kalau ada mmg xde la nak pi...rumah hanu pun akak x berani masuk...

      Delete
  3. kalo ada patung2 tu memang seram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...nak2 yang kat Bali tu kan...hehehe...seram

      Delete
  4. ade jugak port untuk bunuh diri dkt Jepun ye ish3

    ReplyDelete
  5. Tak akn jejak kaki kat tmpt seram cenggini..takut oh..

    ReplyDelete
  6. tempat seram mesti ada kisah orang mati kan.. apapun menarik teringin jugak nak melawat

    ReplyDelete
  7. Hah??baru keluar dari blog blogger lain..pasal hantu jugak

    ReplyDelete
  8. takde la takut sangat...tapi tak sanggup nak g jugak :P

    ReplyDelete
  9. mmg tak pergi la tempat2 mcm nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang kat Cambodia tu akak rasa nak pi...hehehe

      Delete
  10. serrreeemmm weii nak gi melancong tempat cam ni..SA nak gi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang kat Cambodia tu memang nak pi...nak feel kekejaman tentera masa tu...

      Delete
  11. Mereka yang taksub dengan tempat yang menyeramkan pasti suka. ;)

    ReplyDelete
  12. Lorrr..tempat bunuh diri pun boleh jadi tnpt pelancongan.
    Seriau..

    ReplyDelete
  13. alamak entry seram lagi.. CT scroll down sajalah hahaha

    ReplyDelete
  14. Kalau dah nama bandar hantu tu memang seram lah..lagi satu muzium memang menyeramkan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah