Monday, October 27, 2014

Petua Menghilangkan Migrain


1. Merendam Tangan dalam Air Dingin

Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.

2. Berada Di Dalam Bilik gelap

Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

3. Mengambil Sedikit Kafein

migrain, sakit kepala, hilangkan migrain, hilangkan sakit kepala

Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.

4. Carikan bahan-bahan berikut ::
~ kacang hijau
~ lada hitam
~ garam kasar

Ketiga-tiga bahan tersebut diisi atas kertas surat khabar, kemudian pijak dengan kaki sambil berselawat, Insya Allah, migraine tersebut akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala. Telah ramai pesakit berjaya pulih daripada migraine dengan mencuba kaedah ini. Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.



Aku cuti hari ni..terpaksa ambil replacement leave sebab diserang Migrain yg teruk dari semalam...penat sangat pindah opis kot...pinggang pun tgh sakit lg ni...
Rasa nk pecah kepala dh ni ...esok la aku catch dengan korang lg...ok?

21 comments:

  1. dulu masa kena migrain pernah guna petua 2 & 3.. tp yg paling mujarab adalah tidur. hee....

    ReplyDelete
  2. selamat beristerehat kak, smg cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  3. Salam, wah nice tips, aku first time dgr petua yang last sekali tu..dan untuk yg first tu, selama ni aku igt air suam yg boleh redakan migrain, haha rupanya air sejuk ya..Thanx :)

    ReplyDelete
  4. Akak pun ade migrain nyeah..memahami sgt bile dh kene migrain attack nie sbb kite pun ade migrain..boleh cube petua2 nie..

    Get well soon kak..

    ReplyDelete
  5. Petua yg sangat berguna buat kakak sebab anak kakak yg sulung selalu kena.
    Terima kasih SA
    Selamat berehat dan moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. Tq petuanya.. bergune sgt2 tuk lady..

    ReplyDelete
  7. nice tips..semoga akak cepat sembuh,,

    ReplyDelete
  8. Info yang sangat berguna untuk aida..sebab husband selalu migrain.. dah pening macamana nak buat dah..huhuh

    ReplyDelete
  9. Get well soon SA..
    Jangan lupa makan ubat.

    ReplyDelete
  10. tips menarik ni, tq berkongsi sama yer dear !

    ReplyDelete
  11. Cerita psl migrain, sy baru lps kena masa Sabtu lps! Huhuhuhu!

    ReplyDelete
  12. saya dulu selalu jugak la migrain ni..sampai nak angkat kepala pun tak boleh.nak bercakap pun tak boleh dah..saya baca satu petua nih..memang berkesan...sampai sekarang tak de dah migrain.kena buat hari2 la..lama2 dia hilang sendiri..Cara nya..masa sujud tu lama2 sikit..memang boleh hilang.

    ReplyDelete
  13. Mia migrain hari ni ... boleh cuba tips yg SA bg ni ...tq sharing

    ReplyDelete
  14. Mia migrain hari ni ... boleh cuba tips yg SA bg ni ...tq sharing

    ReplyDelete
  15. Selalujugak kena migrain ni.. good tips

    ReplyDelete
  16. Good sharing n smoga akak cpt ambuh

    ReplyDelete
  17. duduk dalam bilik gelap tu memang berkesan... dah pernah buat..

    ReplyDelete
  18. Kitew pun ada magrain.
    satil kitew pulak.suka duduk dalam bilik gelap tanpa sebarang suara pun.Pastu pekup kepala dengan bantal.
    Then terus lesap..haha

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah