Monday, October 6, 2014

Kisah Jiran vs Anjing...


Assalamualaikum...
Hi korang....selamat hari raya aidiladha....amacam raya korang? Sure seronok kan...aku ni raya kat Seremban je....Alhamdulillah tahun ni adik beradik berkumpul...lepak2 je kat umah...Malam raya kami buat bbq dan sambut birthday dania....nanti aku story...
Now nak citer pasal jiran aku dan anjingnya...mana yang follow fb aku mmg tau la citer ni....mana yg x tau meh nak citer....

Alkisahnya jiran aku baru pindah x sampai 2 minggu....Melayu dan aku yakin Islam ler....tp bela anjing...aku x kisah bape byk anjing dia nak bela...tp harus la sediakan rumah untuk anjing tu kan...ini x... di tambat anjing tu kat pokok luar rumah...kat situ la anjing tu berpanas dan berhujan..dh tentu2 2-3 hari ni hujan lebat x tentu masa..aku duk tgok anjing tu...kesian...kesian sbb dia makhluk allah jugak...walau najis umat islam memegangnya tp dia tetap haiwan yg perlukan perlindungan...kan? Merintih anjing tu dlm hujan...sayu sendu suaranya...x kan la aku nk pi potong tali dan lepaskan plak....confirm bergaduh sesama jiran...nak plak anjing tu kalau nampak org confirm menyalak kan if aku buat senyap2.. masalahnya ada orang kat umah tu...aku nak report la pada SPCA...tp x sempat sebab dah 2 hari aku x nampak kelibat anjing dan tuannya... pelik...agaknya si tuan anjing tu nampak aku amik gambar dan mungkin tau tujuan aku...

Harap2 anjing tu selamat la hendaknya....ada yg pm aku..ckp aku kecoh lebih..anjing je kot...Aduhai...anjing tu bukan haiwan ke? Sama gak mcm kucing...kucing kena bedal sampai pecah muka tau plak viralkan kat FB....knp anjing x boleh di selamatkan?
Sebab dia najis? Aku x fhm knp singkat sgt pemikiran sesetengah org ni...xde perikemanusiaan langsung....semoga allah pelihara hati aku dan anak2 untuk sentiasa kasihkan haiwan..kalau dah disiksa mcm tu x kan nak dibiarkan...
Correct me if I'm wrong...

15 comments:

  1. http://madey09.blogspot.com/ follw blog anda..tq

    ReplyDelete
  2. kesiannya..agak2 la diorg ni pun..nak bela buatlah cara nak bela..anjing pun makhluk allah yg sentiasa berzikir klau nk dibndingkan dgn kita ni hah..agaknya dia dah tau kot akak nak buat someting..huhu..hopefully anjing tu okeh..

    ReplyDelete
  3. saya suka anjing. kalau orang Islam boleh bela anjing macam kucing, saya dah lama bela, tapi kita orang Islam kan, tak boleh. Tapi najis pun anjing tetap binatang ada nyawa, berdosa tau!!! kalau biarkan camni... kesian lah...

    ReplyDelete
  4. ya Allah... harap anjing tu tak apa2. bongok la jiran tu seksa haiwan camtu.

    ReplyDelete
  5. Anjing pun makhluk Allah. Kesian dia smp diperlakukan sebegitu rupa.

    ReplyDelete
  6. waalaikummussalam..kesiannya kat anjing tu..dia pun ada perasaan jugak lah..huhu

    ReplyDelete
  7. haaaaaa..... kehilangan yang misteri... nantikan kisah seterusnya..

    ReplyDelete
  8. diorg masih belum faham nilai perikemanusiaan.....

    ReplyDelete
  9. Kesiannya anjing tu, dia pun ada perasaan jugak... Tuannya pun, better lepaskan sajalah anjing tu daripada diseksa gitu kan.

    ReplyDelete
  10. Tak tahu nak cakap apa dengan jiran yang bodoh camni,.kesian anjing tuu..xmau jaga lepaskan lah dari seksa anjing tu camtu..

    ReplyDelete
  11. Kesian kat anjing tu.. walaupun cuma seekor haiwan tapi anjing tu pun nak hidup juga.. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. kalau nak bela anjing pun kenalah jaga leklok juga kan..kejam pulak macam tu dia buat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah