Thursday, October 30, 2014

Kisah hantu paling popular di dunia

Dari semalam duk tepek kisah seram kat sini ha....bukan nyer aku ni berani mana pun..aku ni paling penakut punya umat kan....hahaha...tp sejak rajin tgok website maxis aku banyak la jumpa kisah2 yang diorang paparkan dalam mylaunchpad tuh...so rasanya elok kongsi ngan korang jugak....ke korang pun sama penakut macam aku?

Meh tgok...


Boleh dikatakan setiap negara di dunia, dan setiap kaum dan kepercayaan punya kisah hantu atau seram yang tersendiri.

Mari kita lihat 4 kisah hantu paling popular di dunia.


1. Bloody Mary

Tidak dapat diketahui dari manakah asal usul kisah ini, namun ramai yang percaya Bloody Mary berasal dari kisah benar seorang ahli sihir yang mati dibunuh di hadapan cermin. Lagenda Bloody Mary menyebut sesiapa yang menyebut perkataan Bloody Mary sebanyak tiga kali di hadapan cermin akan mati dalam keadaan yang mengerikan.


2. Penumpang wanita misteri

Bukan sahaja di negara kita, malahan di negara Barat juga popular dengan kisah penumpang misteri ini. Dikatakan mereka yang memandu bersendirian lewat malam di jalan yang sunyi, akan terserempak dengan wanita cantik yang kemudiannya minta ditumpangkan. Namun apabila tiba di tempat di mana wanita itu minta diturunkan, dia ghaib, meninggalkan si pemandu terpinga-pinga sendirian.


3. Zombie

Dahulunya merupakan 'urban legend' masyarakat Barat, tetapi kini sudah menular ke nusantara. Zombie membunuh mangsanya hidup-hidup dengan menggigit, menarik keluar isi perut dan merobek lapisan-lapisan kulit. Sesiapa yang terkena gigitan atau cakaran zombie akan turut bertukar menjadi zombie.



4. Hantu di bawah katil

Kisah yang menjadi bahan penceritaan dari zaman ke zaman; tentang bagaimana seseorang terjaga daripada tidur, terasa ada sesuatu di bawah katil lalu memberanikan diri menjenguk untuk melihat. Dan apa yang dilihat adalah...anda boleh teka sendiri.


Kredit gambar: mostly ghost, cdllife, goldfish 


Pada aku la kan...citer hantu paling seram dalam hidup aku adalah citer jepun JU-ON yang first2 tuh...itu memang seram giler...first time tgok citer tu dulu aku sampai takut tidur atas katil...tido atas tilam je kat lantai...sorry la...bab ni aku memang mengaku AKU PENAKUT....hehehehe

16 comments:

  1. hantu bawah katil tu seram..hihi

    ReplyDelete
  2. teringat lagu zombie.. hehe
    walaupon seram..tp suka tgk citer hantu..mencabar .. hehe

    ReplyDelete
  3. Alahaiii..nampak SA letak gambar2 hantu...
    Saya ni penakut gila..
    Saya scroll cpt2 ke bawah tadi.

    ReplyDelete
  4. ni terus komen okay!!!! tak baca pon entry atas tu...lagi PENAKUT!!!

    ReplyDelete
  5. bloody mary tu macam seram la kisahnya..err..

    ReplyDelete
  6. Zombie tu teringat citer zombie kg pisang..

    ReplyDelete
  7. Seram tu sis. Samalah kita sis, paling seram so far ni ialah JUON! ;D

    ReplyDelete
  8. Ish..seram pulak tgk..ada yg x leh tido mlm ni

    ReplyDelete
  9. hantu bawah katil..aiyakkk..seram..

    ReplyDelete
  10. takut la hantu bawah katil....

    ReplyDelete
  11. hantu bawah katil tu memang seram kak..tak tidur malam dibuatny..nasib baca siang ni

    ReplyDelete
  12. Salam, ok disebabkan aku tgh semangat nk BW memalam buta ni...maka aku beranikan jugak lah diri utk bace entry ko yg ni kak...arghh damn semua menakutkan!!! benci! benci! tau aku bace esok je..wuwuwu...yg last tu palinng menyampah..ahaha kita geng..aku pun takut2 manje gitu~ ahah

    ReplyDelete
  13. okay jujurnya CT tak bca hahaha sebab skrang kul 130 pagi dah. tak tido kang smpai subuh hahaha

    ReplyDelete
  14. hantu zombie tu dah macam xberapa seram sebab tgk citer zombie kampung pisang tu dah macam kelakar pulak

    ReplyDelete
  15. sha kalau tengok citer zombie cam takde feeling... tapi lagi 3 tu gigil jugak kalau tengok.... kehkehkeh

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah