Thursday, October 16, 2014

Fenomena puting beliung di Pendang


ALOR SETAR, (MLP) - Beberapa buah rumah dilapor mengalami kerosakan apabila puting beliung melanda daerah Pendang, Kedah kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Media sosial gempar apabila para pengguna Facebook mula memuat naik gambar pusaran angin yang dikatakan setinggi bangunan 4 tingkat.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ekoran angin kencang dan hujan lebat yang turun sejak jam 4 petang tadi.

Puting beliung berkelajuan lebih 80KM/j itu dapat dilihat dengan jelas oleh mereka yang menggunakan lebuhraya utara selatan yang menghala ke selatan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan tentang fenomena tersebut. 



Aku ingat fake gambar ni...rupanya betul....masyaallah...dah serupa maca kat luar negeri dah kan....semoga allah melindungi kita semua...Amin...

21 comments:

  1. mula2 tersebar kat alam maya tak syak betul tapi keluar berita kat tv Ya Allah..terasa ngerinya

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. X tau aa perasaan diorg yg terkena musibah ni kan..

      Delete
  3. Ada amsuk dlama berita tv kakak tengok
    Dengar bunyinya pun aduhai takut dan ngerinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bunyi jugak ye kak...eh menakutkan la...

      Delete
  4. takut..mula2 ingat tipu jugak..rupanya betul..

    ReplyDelete
  5. takut tengok..patut la hari tu angin kuat sangat kat penang ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal tu diorg nasihatkan duduk dlm rumah kan...

      Delete
  6. 1st time berlaku di malaysia. Tak mustahil satu hari nanti malaysia dilanda gempa bumi.

    ReplyDelete
  7. Subhanallah....maha besar kekuasaan dariNya...takut bila tengok kejadian macam ni...

    ReplyDelete
  8. Dah x selamat Malaysia ni.
    Dah akhir zaman:(

    ReplyDelete
  9. Menakutkan tengok bencana macam ni kan

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah