Sunday, October 26, 2014

Hidu Kentut Baik Untuk Kesihatan?


Satu penyelidikkan unik telah dijalankan oleh Universiti Exerter di England bagi mengkaji kesan pendedahan hidrogen sulfida. Kimia tanpa warna tersebut boleh terhasil dari badan manusia dalam bentuk gas seusai tubuh memproses makanan.

Jurnal perubatan Chemistry Communications ada menyebut bahawa gas hidrogen sulfida sebenarnya kunci utama untuk mencegah kerosakan mitokondria lantas merawat pelbagai penyakit.

"Gas hidrogen sulfida dikenali secara meluas sebagai bau yang kurang menyenangkan, datang dari telur tembelang mahupun gas yang keluar kerana perut kembung.

“Ia terhasil secara semula jadi dalam tubuh badan dan sebenarnya mempunyai implikasi besar dalam penjagaan kesihatan malah menjadi elemen penting dalam kajian perubatan pelbagai penyakit masa depan," jelas Dr. Mark Wood.

Meski hidrogen sulfida berbahaya dalam dos yang besar, menghirup dalam jumlah kecil mempunyai signifikan untuk mengurangkan risiko kanser, strok, serangan jantung, artritis, dan demensia. Perlakuan tersebut sekaligus dapat memelihara mitokondria.

Menurut professor di Universiti Exeter, Dr. Matt Whiteman menjelaskan bahawa para penyelidik kini sedang giat untuk mereplika gas semulajadi itu kerana kelebihan yang ditawarnya.

Jadi mungkin selepas ini jika seseorang melepaskan 'gas beracun' di sekeliling kamu, jangan pula terus melenting ya?

SUMBER

Dah kenapa bau kentut plak baik untuk kesihatan....bau kentut sendiri x per la kan...tiba bau kentut orang lain confirm pengsannnn....aduhai....mengarut betul diorang ni menyelidik....x tau la sejauh mana kebenaran tentang artikel di atas...baca boleh...percaya tu macam....susah la nak percaya...

18 comments:

  1. Adoi...kelaka baca cerita akk ni..first time dgr.

    ReplyDelete
  2. haha! boleh pulk gitu..huhu..xsnggup nk bau kntut org..

    ReplyDelete
  3. Hahaha benda pelik-pelik gini ^^"

    ReplyDelete
  4. yang saya baca pula, jangan tahan kentut. nanti kita yang stress sebab asid dalam badan x keluar.. so, janganlah tahan...

    ReplyDelete
  5. Tak sanggup lah hidu .... yaikkksss :P

    ReplyDelete
  6. hahaha...lepas ni suruh suami cium bau kentut dia, baru dia tahu busuk ke tak

    ReplyDelete
  7. tetapi kalau selalu dengar atau hidu kentut ni boleh migrain gak dibuatnya. hahaha... :p

    ReplyDelete
  8. Salam, muahahaha...mcm geli je penyelidikan ni, aku xtau berapa kali gaknye saintis diorang pengsan lepas hidu 'gas beracun' secara sengaja masa buat kajian tu..seksa woo! hahaha

    ReplyDelete
  9. bau kentut sendiri pun kadang2 tak selera nak bau..lagi kan pulak kentut orang..kalau kena sakit jantung sebab marah acane??heheheh

    ReplyDelete
  10. Erkk..macam tak best je bau kentut ..kecuali kentut baby..boleh dimaafkan lagi..hehee

    ReplyDelete
  11. Hahaha...kelakar la. Baca ni jer automatik terus ketawa. Apa ntah penyelidikan ni

    ReplyDelete
  12. tak tahan aii bau kentut..ade jugak yang nak menyelidik pasal kentut ye

    ReplyDelete
  13. Bg sejuta pun sy xhengen..hahaha

    ReplyDelete
  14. ahahhaha adekah begitu ? tapi tak snggup
    plak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah