Friday, March 21, 2014

Jangan Tidur Selepas Makan

Anda pasti pernah mendengar nasihat, Jangan terus tidur selepas makan. Tidur selepas makan adalah tidak digalakkan sama sekali untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan tubuh badan. Pada ruangan kali ini, saya ingin berkongsi sedikit info antara kesan negative tidur selepas makan.

Pertama, seperti yang kita ketahui, makanan mengambil masa untuk dihadam. Apa sahaja yang kita makan melalui mulut haruslah dihadam terlebih dahulu di dalam tubuh badan. Apabila kita tidur sebaik sahaja selepas makan,dalam posisi baring, ini sebenarnya melambatkan proses penghadaman.

Elak Tidur Selepas Makan

Adalah penting untuk mempunyai postur yang baik supaya organ-organ pencernaan boleh bekerja secara optimum. Disebabakan kita dalam keadaan baring, badan kita sendiri memberi kesukaran kepada proses ini dan ini sememangnya akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan seperti sukar untunk membuang air akibat makanan yang tidak lawas, serta tubuh badan menjadi lemah dan tidak segar.

Kedua, hasil sebuah kajian juga menunjukkan bahawa seharusnya badan kita berehat sekurang-kurangnya sejam selepas makan malam sebelum tidur kerana ia boleh mengurangkan risiko strok sebanyak kira-kira dua pertiga.

Tidur selepas makan sememangnya boleh meningkatkan risiko penyakit atau serangan strok kepada individu tersebut. Ini adalah kerana sistem pencernaan kita bekerja keras untuk mencerna ketika tidur dan secara langsung memberi kesan kepada peningkatan darah, kadar gula dan kolestrol yang menjadi punca kepada serangan strok.

Jadi,secara kesimpulannya, rehatkan dulu perut anda selepas makan. Jangan terus baring atau tidur!


Sumber MYLAUNCHPAD

Sharing is caring..

12 comments:

  1. macam ular plak lepas makan terus baring atau tidur...hua hua hua...

    ReplyDelete
  2. kenapa ye..lepas makan , perut kenyang , mata pun mengantok..
    orang kata kalau tidur lepas makan perut buncit.

    ReplyDelete
  3. dulu pernah tengok citer doraemon. ingat tak sunio kawan giant tu? haa sunio tu lepas makan, dia terus baring tau. mak dia cakap - sunio, jangan baring selepas makan, nanti awak akan bertukar menjadi lembu.

    tapi sunio degil, dia baring jugak, last-last tertido. Bila dia bangun tido je, tau2 dia dah bertukar menjadi lembu!!!

    saya sampai ternganga nengok cerita tu. tu terus takut nak baring/tido lepas makan. takut bertukar menjadi lembu macam sunio. hahahahahha... (kisah kanak-kanakku yang tak boleh dilupakan). :)

    ReplyDelete
  4. Tp kadang2 tu takleh elak sbb penat sgt2. Last2 tertidur dlm keadaan duduk. Hihihi..

    ReplyDelete
  5. yg shark tau kalau baring/tido lepas makan perut buncit..
    hahaha..
    mmg x elok diamalkan

    ReplyDelete
  6. Lepas makan mata x pulak mainkan peranan..kdg2 tertido jugak...huhu

    ReplyDelete
  7. Selalu lepas makan, mesti rasa mengantuk sebab tu certain orang lepas makan trus landing/baring. Huhu.. Kalau boleh memang cuba nak elakkan setakat yang termampu..Hehe

    ReplyDelete
  8. saya kekadang terbuat jugak macam nie especially bila dah mengantuk tapi lapar..kang kalau tido tanpa makan takut tengah mlm terjaga...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Kak ina kalau lepas makan pastu tido, bangun terus rasa momok..hikhik..

    ReplyDelete
  10. Huhu... Saya selalu buat ni. Tak tidur la tapi baring. Sebabnya.... lepas makan biasanya anak nak nyusu badan. Dia dah besar, nak riba dah berat. So, kena la baring. Kalo bagi susu sebelum makan, dia taknak plak. Aih.

    ReplyDelete
  11. Alah, SA... kalau baring/tidur lama selepas makan pun naik gak berat badan :) Rasanya jangan makan malam lewat sangat kot pastu terus landing dengan penuh rasa kekenyangan.

    ReplyDelete
  12. saya suka sangat tertidur, sebab makan banyak sangat
    TIPS KULIT CANTIK

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah