Thursday, March 6, 2014

Bumi Kering Kontang

Sesuatu yang sedih untuk aku kongsi....last week Sabtu aku balik kampung kejap sebab dah lama x balik kan...kebetulan plak mak nak jahit kain batik adik aku yang nak bersalin x lama lagi...panas terik berdenting x tau la nak aku gambarkan macam mana...sebelum2 ni kalau balik kampung seronok tengok semua tanaman Pak Lang menghijau...kali ni balik tengok semua kering...sedih betul hati...Pak Lang risau kalau pokok buah2 yang dia tanam tu mati...

 rupa paras tanah kat laman rumah Pak Lang....merekah dek kerana terlalu panas...
 dulu kawasan ni semua hijau dengan rumput...sekarang?tgok la sendiri...
 pokok pisang pun kering...buah jer ada..itupun macam x menjadi dah...
 rindunya nak tengok rumput yang menghijau...
 tgok la ni ha....
 hutan kiri kanan jalan terbakar...bomba memang standby je,,
 sepanjang jalan ada jer  kawasan2 terbakar...ni kat highway bukit putus tu..
ni kat Senawang....

Sedih kan tengok semua kering kontang dan terbakar..cuaca redup tapi panas...udara pun x bagus..berbau asap...aku pun dah semput dengan asap2 ni....nasib baik x batuk...cuma selsema dengan demam..
apa yang aku nampak sekarang pihak bomba memang x duduk diam...bertungkus lumus mereka menjalankan tugas...hujan dah turun Sabtu dan Ahad..tp tidak turun di kawasan tadahan air katanya...pembenihan awan pun dah buat...petang semalam alhamdulillah hujan turun..tp x dapat menghilangkan rasa panas...seolah2 hujan panas yang turun...semoga keadaan ini tidak berterusan...rindunya pada hujan....


11 comments:

  1. betul tu along...lieya punye kebun mini pun dah mcm takleh diselamatkan lagi jek..sedangkan hari2 jirus tu....abis pokok pisang, rambutan baru nak naik sob sob sob...

    moga2 bumi Malaysia dibasahi hujan di musim2 kemarau2 ni kan along...

    ReplyDelete
  2. Kalau tanah liat memang akan merekah macam itu jadinya bila dah terlalu panas. Tanah gambut pula jadi berdebu. Lagi dahsyat kalau terbakar tanah gambut masuk ke dalam. Berminggu masih tak padam. Tak sama tanah liat ok lagi.

    Ujian Allah buat kita semua sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. Takutkan musim sekarang..semoga kita sentiasa dipelihara

    ReplyDelete
  4. memang kering kontang betul tu kak...

    ReplyDelete
  5. ya allah, mintak lah hujan.

    kering sgt ni.
    dah lah sekarng kat mna2 terbakar je.

    ReplyDelete
  6. ujian Allah.. dlu bila sllalu hujan mintak berhenti .. rindukan bau hujan sbenarnya =)

    ReplyDelete
  7. allahuakbar..kesian pokok2..semoga kemarau ni akan berakhir segera..

    ReplyDelete
  8. semoga segalanya dipermudahkan...amin..

    ReplyDelete
  9. Anggota bomba cuti kena beku, kesian... Kes campak puntung rokok pun boleh jadi kebakaran besar sebab skrg kering.

    ReplyDelete
  10. Shah Alam & Klang dah start hujan lebat. harap2 berterusan lah hendaknya

    ReplyDelete
  11. Tetibakan SA rindu sangat pada hujan. Saya pun bila nampak air hujan menitik turun, rasa gembira bukan kepalang. Hilang sengsara rasanya. Harapnya janganlah kemarau ni berpanjangan. Belum habis satu masalah, dah datang jerebu pulak. Susah hati kadang-kadang bila memikirkan semua ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah