Wednesday, March 26, 2014

Tanggungan Perasaan AJ Sangat Berat

TRAGEDI kehilangan pesawat MH370 pastinya dugaan paling besar buat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Di dalam pesawat itu ada 12 anak buahnya, manakala 227 lagi adalah penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan nasional menuju ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Siapa pun tidak merancang jauh sekali mahu kejadian seperti ini berlaku, namun takdir mengatasi segala-galanya apabila Boeing 777-200ER itu disahkan terhempas di satu lokasi terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sepanjang 16 hari sebelum ini termasuk pada sidang akhbar petang tadi, Ahmad Jauhari kelihatan tenang. Dengan penampilan yang amat ringkas, beliau menjawab setiap soalan wartawan tanpa langsung ada unsur untuk menokok tambah jauh sekali mahu mempolitikkan suasana yang amat tegang itu.

Namun, malam ini, keadaan berubah. Beberapa minit sebelum sidang akhbar bermula, beliau dilihat melangkah longlai sambil menundukkan kepala masuk ke dewan dengan wajah yang amat sugul.

Jika kebiasaannya beliau turut berada di atas pentas, kali ini hanya pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman serta Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahmad Jauhari memilih untuk berada di bawah pentas. Sepanjang Najib membacakan kenyataannya, beliau tunduk. Di sebelahnya, Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.

Sebaik kenyataan mengesahkan pesawat MH370 terhempas di tengah Lautan Hindi, Ahmad Jauhari kelihatan terlalu sedih. Beliau menangis apabila dipeluk oleh Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Sesungguhnya tanggungan perasaan Ahmad Jauhari sangat berat. Tiada siapa mampu menyelami apa yang dirasainya bak kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Jika kaum keluarga penumpang MH370 kehilangan paling ramai dua ahli dalam tragedi yang menyayat hati itu, Ahmad Jauhari hilang 12 anak buah serentak. Beliau juga kehilangan 227 penumpang selain terpaksa berhadapan dengan suasana yang amat menekan perasaan.

Selami hatinya dan fahami tanggungan Ahmad Jauhari, nilai juga air matanya yang tumpah

Sumber : www.astroawani.com

AJ atau Ahmad Jauhari Yahya adalah ex bos aku sebelum dia join MAS, dia seorang yang baik dan sangat mementingkan kebajikan staff maka disini aku memang sangat sedih bila lihat keadaan dia macam tu...sesungguhnya kami warga Malakoff sangat menyayangi AJ..masa aku sakit tenat dulu dan bercuti lebih dari 6 bulan, AJ yang bagi pelepasan untuk aku bercuti dengan bergaji...terlalu besar jasanya pada aku dan warga2 Malakoff.

Semoga AJ tabah...ini semua qada dan Qadar Allah....


16 comments:

  1. ooo sis keje kat malakoff ye...biasa jugak dpt surat dri malakoff ni hehehe...Betul2 sy tgk AJ tu sangat2 ikhlas dlm hal ni.muka dia start dri hari pertama plane tu hilang sentiasa sugul, mmg nampak sgt muka dia sedih....Semoga dia diberi kekuatan juga untuk lalui dugaan ni..bukan salah dia pon dan bkn slh sesiapa...Bnda ni sudah ditakdirkan.

    ReplyDelete
  2. Sentap baca tulisan tu..
    Sesungguhnya i pn sam1 rasa kesedihan AJ..

    ReplyDelete
  3. Kesian dia...ramai org melemparkan pelbagai tuduhan tanpa usul periksa. Semalam pun masa AJ buat PC di KLIA, ada jugak terdengar suara2 sumbang....terus saya jawap...Kalau kita rasa sedih dengan apa yang terjadi pada MH370, AJ lagi sedih dan tersiksa perasaannya dengan apa yang terjadi. Saya tetap percaya yang MAS adalah lambang Malaysia...membawa nama Malaysia membelah angkasa...membuat Malaysia bangga. Kenapalah dengan satu tragedi yang kita belum tahu cerita sebenarnya, senang2 kita benamkan segala kebaikan MAS selama ini...Tabahlah AJ...masih ada yang faham..

    ReplyDelete
  4. org yg jauh kita sedih apa lagi yang dikenali rapat semestinya turut sama dalam kesedihan.

    ReplyDelete
  5. memang kesiankan kat AJ...nampak sangat dia betul2 bertanggungjawab... semoga ALLAH merahmatinya....semoga kebenaran akan terbongkar dlm masa terdekat ni

    ReplyDelete
  6. PC tak kata terhempas kan.. sbb belum jumpa bukti terhempas.. tapi ye lah.. mainan perkataan..diorang tak boleh cakap terhempas sebelum betul2 sahih.. kesian pada keluarga mangsa...

    ReplyDelete
  7. setuju sangat-sangat.. siapa kita nak menghukum dia dan mempersalahkan dia, impak yang dirasai akan ditanggung seumur hidupnya.

    ReplyDelete
  8. memang berat tanggungan perasaannya kak long, boleh rasa sampai ke sini kot?

    ReplyDelete
  9. Semoga di permudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  10. sedih sgt kan kak .. urm.. =( speechless

    ReplyDelete
  11. cam nak dgr pasal malakof ni
    dulu my sister dok join2 marathon ngan panjat2 gunung ngan geng2 malakof x silap..
    tulah ada terbc pasal AJ ni smlm kt fb
    mmg dr mula start psl missing MH370 dia sentiasa ada beri news kat seluruh dunia
    faham sgt situasi dia...hope dia x resign..

    ReplyDelete
  12. Memang kesian kat dia. Apa2 pun, AJ dan MAS akak percaya di aniaya. Insya Allah, orang2 yang dianiaya ini Allah lindungi. ....

    ReplyDelete
  13. Taktau nak kata mcmana.. really hope the kotak hitam akan ditemui segera.. ~.~

    ReplyDelete
  14. Memang kasihan tengok AJ ni. Macam-macam tuduhan dilemparkan padanya. Bukan salah dia pun. Semua ni qada dan qadar Tuhan yang kita mesti terima. Bukan main pin point kesalahan pada orang lain sahaja. Kalau kita di tempat AJ pun, belum tentu kita boleh menangani kemelut ini dengan baik apatah lagi kalau setakat belajar jadi CEO mahupun aviation selama 21 hari dah memandai-mandai nak bagi pendapat.

    ReplyDelete
  15. sampai sekarang tak jumpa MH370..hemm.. :'(

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah