Thursday, April 3, 2014

Keajaiban Buah Lemon

Source from google


Buah lemon merupakan buah yang sangat kaya dengan zat anti bacteria, anti-virus, kalsium, magnesium, vitamin C, pectin dan limonene yang mampu untuk mengekalkan kekebalan tubuh dan juga untuk melawan infeksi. Tahukah anda bahawa buah lemon sangat baik untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya buah lemon mempunyai manfaat yang dapat menurunkan berat badan kerana jus lemon dapat melancarkan sistem pencernaan kita serta bertindak sebagai pembersih hati. Berikut adalah antara kebaikan dan manfaat buah lemon:

Melancarkan sistem pencernaan

Sebenarnya, jus buah lemon yang hangat kaya dengan kandungan mineral dan vitamin yang mampu untuk mengeluarkan racun dalam badan melalui sistem pencernaan badan kita. Selain daripada itu, ia mampu untuk mencegah daripada kembung perut dan bagus untuk pesakit kanser mengamalkan jus lemon ini untuk membantu kelancaran sistem pencernaan dalam badan.

Sebagai diuretic

Buah lemon kaya dengan kandungan asam sitrat. Asam sitrat yang terkandung dalam buah lemon mampu untk memaksimumkan fungsi enzim yang merangsangorgan hati untuk melakukanproses detoks secara keseluruhan melalui air kencing.

Meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan

Seperti yang anda ketahui, lemon kaya dengan vitamin C yang sangat bagus untuk mencegah dan merawat jangkitan kuman, selain daripada itu, lemon kaya dengan kalium yang mampu merangsang fungsi otak dan saraf-saraf dalam tubuh badan serta berperanan mengawal tekanan darah. Selain kaya dengan vitamin C, buah lemon mempercepatkan kemampuan tubuh badan untuk menyerap zat besi di mana zat besi sangat penting untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan kita.

Mempercepatkan proses penyembuhan

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam sebiji lemon sebenarnya mampu untuk membantu proses pemulihan pada tubuh badan kita terutamanya mempercepatkan penyembuhan luka, memelihara kesihatan tulang, otot dan sebagainya.

SUMBER > MYLAUNCHPAD.COM.MY

14 comments:

  1. memang banyak manfaat..tq for sharing , nak kurus perahkan je lemon atas setiap makanan kita..sikit pun ok

    ReplyDelete
  2. lemon dengan bunga cengkih boleh halau nyamuk..hehe

    ReplyDelete
  3. klo gini kena kerap minum lemonade la kak kan :)

    ReplyDelete
  4. Buah lemon bersifat alkalikan...jadi sesuai juga utk pesakit gastrik. Masukkan hirisan lemon kedalam air suam dan minum, baik untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  5. Byk kebaikan Buah lemon ni kan :)

    ReplyDelete
  6. dulu before peknen
    iols ada beli lemon ni wat stok
    sllu pagi2 mnm perahan lemon ngan madu
    tuk buang toksid dan perut kempis
    alhlamdulilah mmg membantu :)

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing :-)

    Buah lemon seperti mana buah-buahan lain memang banyak manfaat dan khasiatnya.

    ReplyDelete
  8. pcl minum air lemon suam tanpa gula tiap2 pagi ; alhamdulillah ...memang banyak khasiatnya.

    ReplyDelete
  9. akk ni tak suka masam2... pas ni kena masukkan dlm diet gaklah lemon ni

    ReplyDelete
  10. wahh..byk juga manfaat buah lemon ni ye.. good info SA. Thank you.

    ReplyDelete
  11. kalau nak kurus boleh saya cuba ini bagus untuk perkongsian

    ReplyDelete
  12. yeyy tengah amalkan minum jus lemon...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah